advertlets

Sunday, April 24, 2011

Siakap Tiga Rasa Terbaek dari Rosdet Tomyam

OK! Entry kali ni saya bagi spesifik jenis hidangan yang saya buru (hunting) kat kedai ni. Pasai apa? Dah dua kali saya pergi kedai ni, dua-dua kali saya mintak IKAN SIAKAP TIGA RASA dia. MEMANG TERBAEK LA! Jadi, nak dipendekkan cerita, kat mana letaknya kedai ni? Cer citer, cer cite..

Pernah pergi Jalan TAR tak, Jalan Masjid India yang sewaktu dengannya tu? Alaa... Tempat orang selalu shopping bila time nak raya kat KL tu la, (Ya! Klu pertama di situ). Tapi restoran ni bukan terletak di jalan-jalan tersebut. Muahahahahaha!!

Restoran ni terletak kat Kampung Baru (Kira dah dekat la tu kan). Kalau agak-agak dh terlebih guna fulus time shopping tu boleh pergi sini makan. Harga makanan dia tak la mahal sangat dan saya jamin anda mesti nak datang lagi. (Kalau pergi boleh ajak saya skali. Teehee)

Yeap! Ini la hidangan yang saya maksudkan tu (time tulis tengok gambar ni pun boleh terliur lagi. Huhu). Ok, apa yang specialnya tentang ikan siakap tiga rasa ni, kuah tiga rasanya cukup dengan masin, manis, & masam yang cukup menyelerakan. Ikannya digoreng rangup dicurahkan pula dengan kuah tiga rasa bersama hirisan nenas... PERGHH!! Memang terangkat beb. Bila anda masukkan ikan dalam mulut yang pertama anda akan rasa kemanisan kuah tiga rasa ni. First bite pula anda akan rasa bahagian luar ikan yang rangup diikuti pula dengan keempukan isi ikan yang segar dan diakhiri dengan rasa masam-masam manis nenas campuran kuah tadi. Boleh bayangkan? Terliur kan

Ok, yang ni pula kailan ikan masin. Kailan ikan masinnya juga boleh tahan. Jelas boleh rasa ikan masin yang dimasak bersama kailan ni. Saya cakap macam ni sebab ada sesetengah kedai yang saya pergi, minta kailan ikan masin tapi tak rasa langsung ikan masinnya (walaupun nampak ketul-ketulan ikan masin ada dengan kailan tu)
Hidangan yang saya minta seterusnya adalah tomyam sotong. Tak macam tomyam-tomyam kedai lain yang melebihkan serai + bawang, Rosdet tomyam lebih rela menghabiskan sotong-sotong mereka demi kepuasan pelanggan. Haha.. Rasa tomyam dia ada sikit-sikit macam tomyam poktek tapi dia kurang berlemak sikit dan lebih pedas. Bagi yang tak tahan pedas, boleh request untuk kurang pedas. Takde masalah
OK! Ini pun salah satu hidangan yang saya suka makan dekat sini. Puyuh goreng kunyit. Puyuh goreng kat sini memang terbaek! Burung puyuh ini digoreng dengan rempah & hirisan bawang. Lepastu dihidangkan pula dengan sos cili thai yang dibuat sendiri oleh Rosdet Tomyam. Hirisan bawang memberikan rasa manis-manis kat burung puyuh goreng ni ditambah pula dengan rempah ratus khas ni, membuatkan pesaing terdekatnya iaitu ayam goreng berempah terpaksa mengalah di pusingan yang pertama. (apa aku merepek ni?)

Ini pula keadaan di dalam kedai. Cukup biasa seperti kedai-kedai makan yang lain. Selain tomyam dan seangkatan dengannya, kedai ni juga ada sediakan hidangan bubur. Saya tak pernah pula rasa macam mana bubur dia. Mungkin macam kedai Night Circle kat Seksyen 11, Shah Alam jugak la kot.

Secara Kesimpulannyanya, SAYA NAK SIAKAP TIGA RASA LAGI!! hahahaha. *Jokes2*

Okok, ni yang serius punye. Apa yang saya suka tentang kedai ni:
  1. Service cepat, dah dua kali saya datang kedai ni, dua-dua kali Hidangan sampai dalam masa kurang dari 10 minit. SERIUS!!
  2. Makanan sedap memang kena dengan citarasa saya. Mungkin sbb tokeyh kedai + tukang masak dia dari Siam kot that's why la. (saya tau sbb time nak bayar tu tokeyh dia speaking Siam dengan pekerja dia)
  3. Harga berpatutan. (saya makan semua yang kat atas ni ada ar dalam RM40+ kot. saya tak berapa ingat la)
Apa yang saya tak suka tentang kedai ni:
  1. Tengah sibuk makan, tengah feeling every bite tu setiap 5 minit mesti ada foreigner datang jual jam la, key chain la, dompet la, macam-macam lagi (hilang konsentrasi nak merasa-rasa)

Kalau anda berminat nak try boleh pergi ke alamat ni:

No 160,
Jalan Raja Abdullah
Kampung Baru, Kuala Lumpur


Di sini saya sertakan sekali mapnyer supaya lebih jelas kat mana










    5 comments:

    1. pengalaman jujur aku.... aku makan ada ulat...

      ReplyDelete
    2. Jasren: Alamak bro, kena time tak kena kot bro.. Hhaha. Saya makan Alhamdulillah dh byk kali tak pernah mengecewakan

      Eka: Kan..

      aZzRaQ: Alamak. No telefon takde la bro. Bese datang sini mmg trus order makan sbb service dia laju. Tapi ada sediakan alamat kt atas tu ya sekali dengan map

      ReplyDelete

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...