advertlets

Sunday, April 24, 2011

Tako.. Tako... Takoyaki!! @ food court Jusco (ARENA)

OK! Di sini saya nak ceritakan apa yang anda boleh hunt macam saya kat foodcourt Jusco ni. Dalam entri ni saya akan ceritakan makanan yang kebiasaannya anda boleh secara umum kat food court2 yang ada dalam pasaraya-pasaraya kat Malaysia ni >>>> specifically dalam Jusco >>>> lebih specific lagi kat Jusco Sunway Pyramid

 
Ok! Dua makanan ni anda biasanya akan jumpa dekat mana-mana food court pasaraya dekat Malaysia ni. Kalau masih ada yang tak tahu yang sebelah atas tu adalah sizzling. Ada macam-macam jenis sizzling ada mee, ada yee mee dan yang ni pula sizzling nasi ayam black pepper. Yang sebelah bawah pula adalah nasi ayam honey BBQ. Anda tanya saya macam mana rasa kedua-dua makanan ni? Terus terang saya cakap, kalau anda betul-betul lapar & memang dah takde choice lain boleh ar order hidangan ni. Dah ar kena tipu. Cheish! tak puas hati betul.

Tapi jangan risau, kalau anda tak mahu dua-dua makanan kat atas ni pun takpe. Ada banyak lagi kedai-kedai makan macam dalam gambar kat atas ni. Cumanya anda kena pilih la. Tepuk dada, usap perut, tanya selera.. Hehe
TAPI! Setiap kali pergi ke Jusco saya takkan lepaskan peluang untuk beli ini.... Haaaa... Tau apa ni? Ini la Takoyaki. Takoyaki bermaksud bebola sotong dalam bahasa Jepun. "Tako = Sotong" "Yaki = bebola". Bebola sotong ni bukan macam bebola sotong yang selalu orang cucuk 3 singgit tu.. Bukan..
Takoyaki ni dibuat dengan:
  1. memasukkan tepung cair yang telah dibancuh ke dalam acuan dan dicampurkan dengan sayur.
  2. Kemudian ketulan-ketulan sotong yang dipotong-potong dimasukkan ke dalamnya dan dibentukkan kepada bebola.
  3. Bebola ini akan digoreng dengan menggunakan acuan yang sama jugak sehingga garing 
  4. Kemudian dihidangkan dengan kicap pekat, mayonis, rumpai laut.
Ini la kedai yang jual takoyaki tu. Ramai kan orang beratur.  Takoyaki ni bukan perisa sotong je ada. Ada Sotong, Chicken ham & cheese, udang, dan.... Tu je kot.. Tak berapa nak ingat la. Kalau pergi Jusco carilah Tako TAO untuk maklumat lanjut. SEDAP!

 Ok, sekarang kita pergi specifically apa keunikan Arena Jusco Sunway Pyramid berbanding Jusco-Jusco yang lain.
Yeap! Kat sini tetiba ada makanan Jepun, maksud saya hidangan harian masakan Jepun. Kalau macam takoyaki tu macam jemput-jemput je kat tempat kita. Makan waktu petang-petang. Makanan Jepun ni macam udon dan sebagainya. Saya nak try tapi time ni perut ni lebih menjerit-jerit.. "NASI! NASI! NASI!". So, tu yang order makanan yang kat atas tu. Saya tak tahu Jusco lain ada ke tak, tapi ini first time saya jumpa stall makanan jepun kat foodcourt.

Dan masa saya datang haritu diorang ada buat promotion untuk jus Nestle ni, Mango Peach dengan Tropical Pineapple. Ok la jugak! Walaupun saya tak beli, tapi ada la jugak diorang bagi rasa secawan kecik tu.
Bagi penggemar sushi pula, anda boleh dapatkannya juga dari Jusco. Yang ini takde kat foodcourt tapi ada kat bahagian Sushi dalam pasaraya Jusco tu sendiri. Not bad jugak la sushinya. Sekian sahaja untuk entri kali ini. Bersambung untuk entri akan datang pula. Ciao!

7 comments:

  1. salam. Saya pernah terbaca tentang status halal sushi bagi sesetengah jusco. Menjadi tanggungjawab kita untuk pastikan ia halal atau pun tidak sebelum kita beli dan makan ini sebabnya ada sesetengah jusco tidak mendapat status halal bagi sushi mereka kerana sesetengah mereka menyediakan sushi yang mengandungi sake. So, apa2 pun sebelum kita makan dimana sekalipun, pastikan ada mempunyai label halal :)

    ReplyDelete
  2. As salam. Terima kasih atas peringatan tersebut. Penyedia sushi yang pernah dipertikaikan akan status halal mereka adalah Sushi King atau lebih spesifik lagi restoran yang dikendalikan oleh Sushi Kin Sdn. Bhd. Sijil halal mereka telah ditarik balik hingga sekarang. Setahu saya Sushi Jusco takde masalah.. Jikalau tidak keberatan, boleh tak sertakan artikel @ rujukan yang Nurul jumpa tu untuk panduan kita bersama? Sebab restoran kat Malaysia ni kejap-kejap halal, tahun depan dah kena tarik balik, dua tahun kemudian halal balik. Eh... eh.. Kejap ada kejap takde

    ReplyDelete
  3. Saya ada soalan psl alcohol. Alcohol diharamkn sbb dia memabukkn kn? Tp knp klau ada dlm mknn sikit pn jd haram? Contohnya mcm sushi. Mkn seketul dua tk mabuk kn? Sy tny sbb curious je, sbb sy tk tahu psl bnd mcm ni. Bukan bermaksud sy ignorant psl bnd mcm ni, tau.

    ReplyDelete
  4. alcohol tak haram ... arak haram.
    sake adalah haram walau dalam kuantiti yang sedikit

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Makan sushi memabukkan? Saya rasa Sofia keliru kot. Sushi bukan buat dgn campuran alkohol. Sushi guna cuka. Cuka ni la yang jadi isu sbb kebanyakan Restoran Sushi guna cuka asal dari negara Jepun. Cara pembuatan cuka ni yang jadi tanda tanya macam mana prosesnya. Kalau saya salah minta tolong betulkan, tapi ini yang saya dengar la. Yang soalan mengenai alkohol tu Bro Azmee dh tolong jwb, Terima kasih bro

    ReplyDelete
  7. “Other retail outlets and departments are in the midst of processing and renewing the Halal certification.” However, all stores are using the same Halal ingredients as in the other Halal certified stores.

    status halal jusco :http://www.aeonretail.com.my/food-safety-halal/policies/halal/

    just to share

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...