Okay! Satu lagi restoran yang sudah bertapak lama di KL yang saya ingin review adalah restoran Nelayan. Restoran ini terletak di Tasik Titiwangsa (betul-betul bersebelahan dengan litar kereta kawalan jauh). Saya diberitahu restoran ni agak terkenal dengan hidangan steamboat buffet & bagi saya yg dh mmg GILA STEAMBOAT tidak terkecuali utk mencuba makanan di sini. Walaupun lokasinya agak jauh dari tempat saya tinggal, demi utk berkongsi dengan anda semua saya gagahkan jua.. Cewahh!! Apa yang ada di sini?? Jom kita masuk tengok sama-sama.
Restoran ni ada hidangan ala carte dan ada buffet seperti yang saya perkatakan tadi.
Haaa....... Sekarang tau tak kenapa saya letak caption mcm kat atas tu? Mesti dah tau kan? Tempat ni mempunyai ruang yang besar. Boleh memuatkan sehingga berkeluarga-berkeluarga (ape daa BM camni ni... Sebenarnya nk cakap berpuluh-puluh keluarga). Kepada yang dtg toksah risau kalau takde tempat.
Lumrah alam, manusia mmg tak lari dengan compare mengompare ni... Restoran nelayan ternyata gagal utk meyakinkan nafsu makan saya utk lebih bergelora. Pilihan hidangan yang disediakan mmg mengecewakan saya. Harapan hanyalah tinggal harapan..
Flaming Steamboat seperti yang telah saya buat ulasan ternyata masih tetap juara dalam menyediakan kepelbagaian juadah buffet steamboat. Walaubagaimanapun, Restoran Nelayan tak la teruk sangat. Mereka juga ada hidangan-hidangan khas yang bakal membuatkan pengunjung terliur.
Apabila anda konfirm je nk duduk mana, anda akan terlihat di atas meja anda ada periuk steamboat, pinggan mcm biasa, tisu, sudu dan ini......................
Haa.. Cam tak apa ni? Ni la kacang tanah. (amende la penulis blog ni, kacang tanah pun nak pelik. Biasa je, kat kedai pun melambak ada jual). Bukan2.. Bukan itu maksud saya. Saya cuma nak bagitau yang ni kira special service la dekat kedai ni. Aiikk.. Kacang tanah pun kira special service? Yes! Kerana jikalau anda menelannya anda akan dicas 2-3 hengget utk sepinggan kecil (kalau saya panggil pinggan alas cawan tu haa).
Okay! Kita masuk ke menu utama.........
Haaaa...... Terliuar tak?? Ehh silap... Terliur tak?? hehehehe
Haa... yang ni camne?? Masih tak terliur lagi?? Kita bako skit lag.. bagi bikin panas skit..
HAaaaaaaaaaaaa.... Camner-camner??? Terbako tak? Tak terliur jgk? Dh ar.. Bosan ar korang ni.. Masing-masing muka mcm takde perasaan je.. dah la.. Kite bako jer.. Kite bako jer.. (Pusing2 lengan)
Setelah bahan-bahan di atas kita amik... Cuba bayangkan, kita masukkan ke dalam kuah tomyam yang menggelegak panas. Uihhh... Bau harum daun limau purut tu menusuk ke hidung.. Sambil-sambil tu hirup sikit kuah tomyam asli didatangkan dari Thailand.. Huih! Masyuk betul. Kena plak sejuk-sejuk tengah hujan, mmg terangkat habis.
Ada juga masakan goreng-goreng ala buffet disediakan sementara menunggu lauk-pauk steamboat tadi masak.
Yang ini takde kat Flaming.. Haa.. Percaya la.. Apekah ini? Ini adalah ayam bakar madu bersama dengan kuah asam beserta hirisan bawang dan cili hijau. Kebiasaannya saya makan ayam madu tak pernah plak dengan kuah2. Namun, sebagai first timer yang mmg rajin bertanya, tokeyh restoran ni bgtau saya macam tu so saya ikut je la.
Yang ini salah satu dessert atau pemanis mulut yang ada kat sini (ada banyak sebenarnya.. tapi yang ni yang menarik perhatian sbb warna dia kuning sesangat). Saya tak tau nama dia apa tapi saya tau ini adalah ubi dimasak dengan sirap jagung la kot. That's why the colour is yellow la kan. Rasa dia? Emmmm.... HHMmmmmm.... Huhuhuhuhu. Terus terang saya cakap saya tak suka sbb rasa dia terlalu manis. Dan saya lagi prefer ubi yang digoreng sbnrnye sbb dari kecik mmg makan 3 jenis ubi, Ubi goreng, ubi rebus, lagi satu saya tak ingt mak saya panggil apa tapi ubi tu digulai.
Ini adalah suasana kat food island yang terdapat kat sini. Walaupun pelbagai komen dan ketidak-satisfy-an saya pada makanan di sini. Namun, saya tetap rasa terhibur dengan suasana restoran yang cukup indah dah selesa. KLIK PADA IMEJ UNTUK LEBIH JELAS LAGI
Bagi mereka yang ada kelapangan, dan clueless nak bawak makan member @ famili ramai makan di mana boleh mencuba di restoran nelayan ni. At least dengan suasana santai dan tenang dapat menghiburkan anda sekeluarga daripada keletihan dan kesibukan kat tempat kerja di siang harinya. Till then, wait for my next entry! :-)
No comments:
Post a Comment