advertlets

Sunday, April 24, 2011

Tako.. Tako... Takoyaki!! @ food court Jusco (ARENA)

OK! Di sini saya nak ceritakan apa yang anda boleh hunt macam saya kat foodcourt Jusco ni. Dalam entri ni saya akan ceritakan makanan yang kebiasaannya anda boleh secara umum kat food court2 yang ada dalam pasaraya-pasaraya kat Malaysia ni >>>> specifically dalam Jusco >>>> lebih specific lagi kat Jusco Sunway Pyramid

 
Ok! Dua makanan ni anda biasanya akan jumpa dekat mana-mana food court pasaraya dekat Malaysia ni. Kalau masih ada yang tak tahu yang sebelah atas tu adalah sizzling. Ada macam-macam jenis sizzling ada mee, ada yee mee dan yang ni pula sizzling nasi ayam black pepper. Yang sebelah bawah pula adalah nasi ayam honey BBQ. Anda tanya saya macam mana rasa kedua-dua makanan ni? Terus terang saya cakap, kalau anda betul-betul lapar & memang dah takde choice lain boleh ar order hidangan ni. Dah ar kena tipu. Cheish! tak puas hati betul.

Tapi jangan risau, kalau anda tak mahu dua-dua makanan kat atas ni pun takpe. Ada banyak lagi kedai-kedai makan macam dalam gambar kat atas ni. Cumanya anda kena pilih la. Tepuk dada, usap perut, tanya selera.. Hehe
TAPI! Setiap kali pergi ke Jusco saya takkan lepaskan peluang untuk beli ini.... Haaaa... Tau apa ni? Ini la Takoyaki. Takoyaki bermaksud bebola sotong dalam bahasa Jepun. "Tako = Sotong" "Yaki = bebola". Bebola sotong ni bukan macam bebola sotong yang selalu orang cucuk 3 singgit tu.. Bukan..
Takoyaki ni dibuat dengan:
  1. memasukkan tepung cair yang telah dibancuh ke dalam acuan dan dicampurkan dengan sayur.
  2. Kemudian ketulan-ketulan sotong yang dipotong-potong dimasukkan ke dalamnya dan dibentukkan kepada bebola.
  3. Bebola ini akan digoreng dengan menggunakan acuan yang sama jugak sehingga garing 
  4. Kemudian dihidangkan dengan kicap pekat, mayonis, rumpai laut.
Ini la kedai yang jual takoyaki tu. Ramai kan orang beratur.  Takoyaki ni bukan perisa sotong je ada. Ada Sotong, Chicken ham & cheese, udang, dan.... Tu je kot.. Tak berapa nak ingat la. Kalau pergi Jusco carilah Tako TAO untuk maklumat lanjut. SEDAP!

 Ok, sekarang kita pergi specifically apa keunikan Arena Jusco Sunway Pyramid berbanding Jusco-Jusco yang lain.
Yeap! Kat sini tetiba ada makanan Jepun, maksud saya hidangan harian masakan Jepun. Kalau macam takoyaki tu macam jemput-jemput je kat tempat kita. Makan waktu petang-petang. Makanan Jepun ni macam udon dan sebagainya. Saya nak try tapi time ni perut ni lebih menjerit-jerit.. "NASI! NASI! NASI!". So, tu yang order makanan yang kat atas tu. Saya tak tahu Jusco lain ada ke tak, tapi ini first time saya jumpa stall makanan jepun kat foodcourt.

Dan masa saya datang haritu diorang ada buat promotion untuk jus Nestle ni, Mango Peach dengan Tropical Pineapple. Ok la jugak! Walaupun saya tak beli, tapi ada la jugak diorang bagi rasa secawan kecik tu.
Bagi penggemar sushi pula, anda boleh dapatkannya juga dari Jusco. Yang ini takde kat foodcourt tapi ada kat bahagian Sushi dalam pasaraya Jusco tu sendiri. Not bad jugak la sushinya. Sekian sahaja untuk entri kali ini. Bersambung untuk entri akan datang pula. Ciao!

Siakap Tiga Rasa Terbaek dari Rosdet Tomyam

OK! Entry kali ni saya bagi spesifik jenis hidangan yang saya buru (hunting) kat kedai ni. Pasai apa? Dah dua kali saya pergi kedai ni, dua-dua kali saya mintak IKAN SIAKAP TIGA RASA dia. MEMANG TERBAEK LA! Jadi, nak dipendekkan cerita, kat mana letaknya kedai ni? Cer citer, cer cite..

Pernah pergi Jalan TAR tak, Jalan Masjid India yang sewaktu dengannya tu? Alaa... Tempat orang selalu shopping bila time nak raya kat KL tu la, (Ya! Klu pertama di situ). Tapi restoran ni bukan terletak di jalan-jalan tersebut. Muahahahahaha!!

Restoran ni terletak kat Kampung Baru (Kira dah dekat la tu kan). Kalau agak-agak dh terlebih guna fulus time shopping tu boleh pergi sini makan. Harga makanan dia tak la mahal sangat dan saya jamin anda mesti nak datang lagi. (Kalau pergi boleh ajak saya skali. Teehee)

Yeap! Ini la hidangan yang saya maksudkan tu (time tulis tengok gambar ni pun boleh terliur lagi. Huhu). Ok, apa yang specialnya tentang ikan siakap tiga rasa ni, kuah tiga rasanya cukup dengan masin, manis, & masam yang cukup menyelerakan. Ikannya digoreng rangup dicurahkan pula dengan kuah tiga rasa bersama hirisan nenas... PERGHH!! Memang terangkat beb. Bila anda masukkan ikan dalam mulut yang pertama anda akan rasa kemanisan kuah tiga rasa ni. First bite pula anda akan rasa bahagian luar ikan yang rangup diikuti pula dengan keempukan isi ikan yang segar dan diakhiri dengan rasa masam-masam manis nenas campuran kuah tadi. Boleh bayangkan? Terliur kan

Ok, yang ni pula kailan ikan masin. Kailan ikan masinnya juga boleh tahan. Jelas boleh rasa ikan masin yang dimasak bersama kailan ni. Saya cakap macam ni sebab ada sesetengah kedai yang saya pergi, minta kailan ikan masin tapi tak rasa langsung ikan masinnya (walaupun nampak ketul-ketulan ikan masin ada dengan kailan tu)
Hidangan yang saya minta seterusnya adalah tomyam sotong. Tak macam tomyam-tomyam kedai lain yang melebihkan serai + bawang, Rosdet tomyam lebih rela menghabiskan sotong-sotong mereka demi kepuasan pelanggan. Haha.. Rasa tomyam dia ada sikit-sikit macam tomyam poktek tapi dia kurang berlemak sikit dan lebih pedas. Bagi yang tak tahan pedas, boleh request untuk kurang pedas. Takde masalah
OK! Ini pun salah satu hidangan yang saya suka makan dekat sini. Puyuh goreng kunyit. Puyuh goreng kat sini memang terbaek! Burung puyuh ini digoreng dengan rempah & hirisan bawang. Lepastu dihidangkan pula dengan sos cili thai yang dibuat sendiri oleh Rosdet Tomyam. Hirisan bawang memberikan rasa manis-manis kat burung puyuh goreng ni ditambah pula dengan rempah ratus khas ni, membuatkan pesaing terdekatnya iaitu ayam goreng berempah terpaksa mengalah di pusingan yang pertama. (apa aku merepek ni?)

Ini pula keadaan di dalam kedai. Cukup biasa seperti kedai-kedai makan yang lain. Selain tomyam dan seangkatan dengannya, kedai ni juga ada sediakan hidangan bubur. Saya tak pernah pula rasa macam mana bubur dia. Mungkin macam kedai Night Circle kat Seksyen 11, Shah Alam jugak la kot.

Secara Kesimpulannyanya, SAYA NAK SIAKAP TIGA RASA LAGI!! hahahaha. *Jokes2*

Okok, ni yang serius punye. Apa yang saya suka tentang kedai ni:
  1. Service cepat, dah dua kali saya datang kedai ni, dua-dua kali Hidangan sampai dalam masa kurang dari 10 minit. SERIUS!!
  2. Makanan sedap memang kena dengan citarasa saya. Mungkin sbb tokeyh kedai + tukang masak dia dari Siam kot that's why la. (saya tau sbb time nak bayar tu tokeyh dia speaking Siam dengan pekerja dia)
  3. Harga berpatutan. (saya makan semua yang kat atas ni ada ar dalam RM40+ kot. saya tak berapa ingat la)
Apa yang saya tak suka tentang kedai ni:
  1. Tengah sibuk makan, tengah feeling every bite tu setiap 5 minit mesti ada foreigner datang jual jam la, key chain la, dompet la, macam-macam lagi (hilang konsentrasi nak merasa-rasa)

Kalau anda berminat nak try boleh pergi ke alamat ni:

No 160,
Jalan Raja Abdullah
Kampung Baru, Kuala Lumpur


Di sini saya sertakan sekali mapnyer supaya lebih jelas kat mana










    Tuesday, March 29, 2011

    Have a relax and joyful family gathering at Restoran Nelayan


    Okay! Satu lagi restoran yang sudah bertapak lama di KL yang saya ingin review adalah restoran Nelayan. Restoran ini  terletak di Tasik Titiwangsa (betul-betul bersebelahan dengan litar kereta kawalan jauh). Saya diberitahu restoran ni agak terkenal dengan hidangan steamboat buffet & bagi saya yg dh mmg GILA STEAMBOAT tidak terkecuali utk mencuba makanan di sini. Walaupun lokasinya agak jauh dari tempat saya tinggal, demi utk berkongsi dengan anda semua saya gagahkan jua.. Cewahh!! Apa yang ada di sini?? Jom kita masuk tengok sama-sama.

    Restoran ni ada hidangan ala carte dan ada buffet seperti yang saya perkatakan tadi.

    Haaa....... Sekarang tau tak kenapa saya letak caption mcm kat atas tu? Mesti dah tau kan? Tempat ni mempunyai ruang yang besar. Boleh memuatkan sehingga berkeluarga-berkeluarga (ape daa BM camni ni... Sebenarnya nk cakap berpuluh-puluh keluarga). Kepada yang dtg toksah risau kalau takde tempat.

    Lumrah alam, manusia mmg tak lari dengan compare mengompare ni... Restoran nelayan ternyata gagal utk meyakinkan nafsu makan saya utk lebih bergelora. Pilihan hidangan yang disediakan mmg mengecewakan saya. Harapan hanyalah tinggal harapan..

    Flaming Steamboat seperti yang telah saya buat ulasan ternyata masih tetap juara dalam menyediakan kepelbagaian juadah buffet steamboat. Walaubagaimanapun, Restoran Nelayan tak la teruk sangat. Mereka juga ada hidangan-hidangan khas yang bakal membuatkan pengunjung terliur.

    Apabila anda konfirm je nk duduk mana, anda akan terlihat di atas meja anda ada periuk steamboat, pinggan mcm biasa, tisu, sudu dan ini......................

    Haa.. Cam tak apa ni? Ni la kacang tanah. (amende la penulis blog ni, kacang tanah pun nak pelik. Biasa je, kat kedai pun melambak ada jual). Bukan2.. Bukan itu maksud saya. Saya cuma nak bagitau yang ni kira special service la dekat kedai ni. Aiikk.. Kacang tanah pun kira special service? Yes! Kerana jikalau anda menelannya anda akan dicas 2-3 hengget utk sepinggan kecil (kalau saya panggil pinggan alas cawan tu haa).

    Okay! Kita masuk ke menu utama.........
    Haaaa...... Terliuar tak?? Ehh silap... Terliur tak?? hehehehe
    Haa... yang ni camne?? Masih tak terliur lagi?? Kita bako skit lag.. bagi bikin panas skit..

    HAaaaaaaaaaaaa.... Camner-camner??? Terbako tak? Tak terliur jgk? Dh ar.. Bosan ar korang ni.. Masing-masing muka mcm takde perasaan je.. dah la.. Kite bako jer.. Kite bako jer.. (Pusing2 lengan)

    Setelah bahan-bahan di atas kita amik... Cuba bayangkan, kita masukkan ke dalam kuah tomyam yang menggelegak panas. Uihhh... Bau harum daun limau purut tu menusuk ke hidung.. Sambil-sambil tu hirup sikit kuah tomyam asli didatangkan dari Thailand.. Huih! Masyuk betul. Kena plak sejuk-sejuk tengah hujan, mmg terangkat habis.
    Ada juga masakan goreng-goreng ala buffet disediakan sementara menunggu lauk-pauk steamboat tadi masak.
    Yang ini takde kat Flaming.. Haa.. Percaya la.. Apekah ini? Ini adalah ayam bakar madu bersama dengan kuah asam beserta hirisan bawang dan cili hijau. Kebiasaannya saya makan ayam madu tak pernah plak dengan kuah2. Namun, sebagai first timer yang mmg rajin bertanya, tokeyh restoran ni bgtau saya macam tu so saya ikut je la.
    Yang ini salah satu dessert atau pemanis mulut yang ada kat sini (ada banyak sebenarnya.. tapi yang ni yang menarik perhatian sbb warna dia kuning sesangat). Saya tak tau nama dia apa tapi saya tau ini adalah ubi dimasak dengan sirap jagung la kot. That's why the colour is yellow la kan. Rasa dia? Emmmm.... HHMmmmmm.... Huhuhuhuhu. Terus terang saya cakap saya tak suka sbb rasa dia terlalu manis. Dan saya lagi prefer ubi yang digoreng sbnrnye sbb dari kecik mmg makan 3 jenis ubi, Ubi goreng, ubi rebus, lagi satu saya tak ingt mak saya panggil apa tapi ubi tu digulai.
    Ini adalah suasana kat food island yang terdapat kat sini. Walaupun pelbagai komen dan ketidak-satisfy-an saya pada makanan di sini. Namun, saya tetap rasa terhibur dengan suasana restoran yang cukup indah dah selesa. KLIK PADA IMEJ UNTUK LEBIH JELAS LAGI



    Bagi mereka yang ada kelapangan, dan clueless nak bawak makan member @ famili ramai makan di mana boleh mencuba di restoran nelayan ni. At least dengan suasana santai dan tenang dapat menghiburkan anda sekeluarga daripada keletihan dan kesibukan kat tempat kerja di siang harinya. Till then, wait for my next entry! :-)

    Saturday, February 19, 2011

    The Junction Bistro

    Mesti korang tertanye-tanye kenapa takde caption yang specific kat restoran ni berbanding restoran-restoran lepas.. Sebab dia... punya-la-lama-aku-mikir-caption-apa-yg-sesuai-sampai-naik-fed up-dan-teruskan-menulis. Haha.. Dah 2 jam sambil dgr lagu-lagu Hujan cam Kota Raya (ft Altimet, layan gak lagu ni) tapi tak kuar gak caption yang suitable. Tapi takpe nak share jugak ke-best-an restoran ni.

    Another thing I went to this restaurant during a conference at Cheras. So I.... I.... I.... Saya melantak je la pe yang ada. Apa nak kesah harga. Hahaha... So, here's the journey at The Junction Bistro begins

    This restaurant is located at Bangunan Seri Cempaka Service Suite just next to the PRGM building here in Cheras. I'm there for a lunch with other colleague right after the conference ended.I am very sorry for not being able to take any foto for the lunch menu that I have had. But in the meantime I will share about some of their desserts, and other food stuff.
    Here's what they called fish ball salad (Naa.... Actually that's the best I can come out with). Its actually had vege ball, sausage, meat ball and the other family of balls here together they mixed it with special mayonnaise, onions, capsicum (lada benggala) with some lemon juice to make more juicy and fresh. I LOVE THEM! Mau dua tiga kali jugak la buat muka tak malu pi amik lagi sekali.
    So, here's the a vege salad. The true great.. great... great grandmother in salad family before the birth of fish ball salad. I would not comment any further on this as you can see all the vegetables that normally been used in salad making.
    And if you are not satisfied with the combinations of the salad, biasa la orang Melayu kan lidah lain-lain.. Ada yang suka masam skit, ada yang suka pedas skit, ada yang letak teh o.. What??? Teh O??? So, here they are also providing you with other sauces or should I say dip sauces.

    I dont know what the name of this, or should I called it Rojak? Up untill now I really dont know how to differentiate rojak, pasembur, and gado-gado. Somebody care to explain to me? I really appretiate it. And another one is Rojak Singapura. Hehe.. Wait, its still rojak rite? !@#@!$%%
    And here we come to the desserts available here. This is really unfamiliar with me and even I dont know what its been called. But I do know it's like a mini pau with red beans filling inside it. Pretty cute and its taste good!



    Here's are some other desserts that have here. My favourite? The cheese cakes with chocolate and strawberry on top of it (the picture on the top). Very the uummmppppphhhhhh.........

    This is some of the picture inside the restaurant.


    It is a nice place for us having a lunch here. For a student like me, will wait for another conference to eat here. And I believe they have many types of meal that they can offer if u visit this restaurant. Till then, wait for my next entry!

    Saturday, February 12, 2011

    Crunchy Fluffy Ayam Goreng offered by Ayam Penyet Ria

    Last night when I am having a small gathering with my group members, I went to The Summit USJ, Subang Jaya. We were searching for a chinese Muslims restaurant there, but it seems had been closed down. Then we decided to searching around is there any restaurant to go instead of having a usual fastfood restaurant back in Shah Alam. Then we saw this..

    As the picture says, "Indonesian Cuisine" we decided to try some of their foods to see what our neighbour country's foods look like. We decided to take the Gong Xi Fa Cai promotions as it cost arounds 60 bucks for a four pax meals. Here's what in the meal

    Nasi putih x 4
    Lele penyet x 1
    Ayam penyet x 1
    Beef rib penyet x 1
    Udang penyet x 1
    Sup ayam kampung x 1
    Sup ekor lembu x 1
    4 types of drinks (cucumber/cincau longan/iced lemon tea)
    FREE Gado-gado

    Pretty decents offer rite? We go with the drinks first, CUCUMBER?????!! For people with unknown experience having a cucumber juice (like us) would never order that drink. But, don't worry. Bukannya dapat sejenis je minuman. Drinks will be served in glass. So, kalau korang mintak cincau longan dpt la cincau longan.
    YEAH!!! My drink had arrived. Rasanya tak seperti air buah-buahan + longan/laici yang biasanya saya order kat kedai. Air dia memang rasa cincau. Bila makan longan tu baru rasa longan. So, bagi sesape yang tak suka air longan (yang kebiasaannya orang kedai buat manis giler) jangan risau. Bak kata orang tua saya ckp manis- manis buah.
    This is our first menu called Ayam Penyet. What's so special about this ayam goreng is the fluffy structure of the chicken with the combination of crunchy "keriuk-keriuk" as the MAMEE advertisement said. In each plate of Penyet menu they will have a fried tempe, fried tofu, cabbage, sambal tumis, and cucumber. I guess Malays traditions & food are full with cucumber like we re having here. WATCHOUT for the sambal tumis! ITS REALLY HOT!!

    This is udang penyet. I am allergic to seafood especially prawn... Tapi takpe, kita amik satu je buat rase-rase. Udang dia mmg lembut. Member saya siap cakap lagi, sampaikan kaki-kaki udang tu pun boleh makan.
    This is beef rib penyet. Sedap & lembut. My first impression when I see this, "Cam liat je daging ni..". But first impression tells nothing untill you try. Very fluffy soft! huih.. EMPUKNYE << Kalau orang kampung saya cakap.
    This is lele penyet. Have you ever wonder why it's called lele penyet? Ikan apa lele ni? Nampak macam ikan keli aku beli nasi campur semalam. Thats right folks. Lele is ikan keli. Dalam bahasa jawa nama dia Iwak lele = ikan keli. Since they are Indonesian cuisine so they decide to remains the name.

    Ini sup ekor dia. Not much different from others oxtail soup. Tapi saya lagi prefer kedai tomyam yang buat sebab dia ada rase masam-masam skit sup dia. Yang ni just plain je. + bau lembu dia agak kuat.
    This is sup ayam kampung. Its taste good and the chicken meat is nicely done.

    And This is the FREE gift! Gado-gado as its been called. Dalam ni ada keropok brinjar (I dunno what its you people called this. But my family and i called keropok Brinjor), keropok udang, telur rebus, sayur kubis, tomato, kentang, taugeh yang dilimpahi dengan curahan kuah kacang bersama bawang goreng...

    Now I know why it is penyet instead of let it be like that when u fried. Every penyet menu comes with nice fluffy structure of meat. In my opinion soft meat and crunchy keriuk-keriuk is the best combination and Ayam Penyet Ria did a good job by come out with that idea.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...